Friday 31 July 2009

Seloka Pandai Pak Pandir


CERITA PENDEK PAK PANDIR
Pak pandir seorang yang tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan anak sendiri sebaliknya menyanjung anak yang bukan darah dagingnya malah Pak Pandir suka membuat kerja yang sia-sia dan merugikan diri sendiri seperti mengikut peragai orang lain sedangkan dirinya seorang yang miskin dan akibatnya Pak Pandir kehilangan segalanya kecuali dirinya.
Selain itu, Pak Pandir terlalu mudah mengharapkan sesuatu yang kemungkinan tidak menjadi kenyataan dan Pak Pandir senang termakan kata-kata orang yang baru dikenali atau pun tidak dikenali. Akhirnya Pak Pandir yang rugi dan menerima segala akibatnya seorang diri.
PENGAJARANNYA
  • Janganlah kita mengutamakan orang dagang sehingga anak sendiri diketepikan
  • janganlah kita melakukan kerja yang sia-sia dan merugikan diri sendiri
  • janganlah mengharapkan sesuatu yang belum pasti
TUJUANNYA CERITA INI
sindiran kepada semua orang yang sama seertinya

Saturday 25 July 2009

Ketam Kayu Goreng Lada


Florence yang berasal dari Cheras mengikut suaminya pulang ke kampung .
Mereka baru beberapa bulan melangsungkan perkahwinan. Dikampung,mentuanya
sedang melakukan ubah suai dapur. Pagi itu, sedang Florence duduk di anak tangga depan
bapa mentuanya sampai dengan motosikal.

Florence : ayah dari mana tadi ?

Mentua : kedai, beli ketam.

Florence : Ooo, beli ketam, bak ler, biar florence bawak ke dapur.

Mentua : tak apalah, ayah memang nak ke dapur ni, sambung kerja bertukang yang terhenti tadi. Ketam tak ada, tu yang pergi kedai ni.

Florence : biar florence yang masak, masak gulai lemak sedap tuu.. ketam nipah ke?

Mentua : buka ketam nipah! ni ketam kayu, tak boleh masak gulai lemak (sambil terus berjalan ke belakang dapur membawa bungkusan hitam)

Florence : (berbisik sendirian) Oooo ketam kayu tak sedap buat gulai lemak yea?! kalau macam tu, goreng berlada ajelah sedap juga! dah kecur air liur ni.

florence terus ke bilik dan mendapati suaminya sedang bersiap-siap

Florence : abg siap-siap ni nak ke mana?? nak pergi ngorat ke?

Suami : nak gi pasar ler, kan ayang ngidam nak makan gulai lemak ketam? nak ikut ke? kalau nak cepat siap tapi pasar sini kotor sikit, basah dan becak tak macam pasar raya. boleh tahan ke? nanti muntah pulak, ayang kan tengah loya-loya. kalau rasa tak larat duduk jer rumah.

Florence : abg tak payah pergilah

Suami : jangan risaulah, abg tak gi mengoratlah, lepas beli ketam abg terus baliklah.

Florence : bukan risau abg gi ngorat, cumanya buat apa pergi sebab ayah dah beli ketam dah! ayah macam tau aje florence ni ngidam ketam. abg dah bagi tau ke yang dia nak jadi datuk?

Suami : belum bagi tau lagi, macam mana dia tau yek? bila dia pergi beli ketam?

Florence : tadi florence nampak dia balik dari kedai beli ketam tapi ketam nipah dan ketam renjung tak ada, dia beli ketam kayu. sedap juga kut. jadilah asalkan bukan ketam batu.

Suami : dia beli ketam apa?

Florence : ketam kayu.... pelik juga tak pernah dengar pulak jumpa ketam kayu ni kat pasar. selalunya orang jual ketam nipag dan ketam renjung jer.

Suami : kah! kah! kah! ketam kayu ke?! tak boleh masak gulai lemak tu.

Florence : ayah pun cakap macam tuu tadi,masak goreng berlada ajelah! sedap jugak.

Suami : kah! kah! kah! kenapalah bini abg nih? ketam ni tak boleh dimakanlah ayang.

Florence : kenapa tak boleh dimakan pulak?

Suami : sebab dia makan kayu! dahlah. cepat siap, kita pergi pasar cari ketam yang boleh dimakan, boleh dimasak gulai lemak! ha! ha! ha! buat lawak pulak bini aku pagi-pagi buta ni!

Florence : kebingungan.



karya : siti hajar roselan.